Semester baru dah seminggu berjalan. Back to school guys ! Seperti biasa, minggu pertama ni minggu insert/delete subjek. Mood nak study tu belum ada lagi, rasa nak sambung je cuti ni. Tapi bila fikir balik, nak cuti lama-lama pun buat apa? Apa je nak buat kat rumah selain membesarkan badan? hahaha
Oh well, my 1st week kat kampus tak best sangat. Hari pertama kuliah dah ponteng sebab lambat bangun. *Ni dota punya pasal la ni. Means hari ketiga baru masuk kelas sebab hari kedua tu memang takde kelas. Nak ke kelas tu bukan senang, nak kena berebut bas pulak then berhimpit macam sardin kat dalam. Dah bermacam bau ada dalam bas tu. Hahaha
Sampai je kelas, bukan main lagi lecturer ni dah habiskan bab 1 dan bab 2 diminggu pertama. Siap kasih task lagi. Kalau sikit takpe la juga, ni dia boleh kasih 16 muka surat yang setiap muka surat tu ada 20 simbol elektrik nak kena lukis dan buat kat Autocad. Tak tau ke hati ni masih lagi melayang kat rumah. Hahaha Dah la kerja banyak nak mampos, kelas pun habis tepat masa 8 pagi - 5.00 petang. Memang tak kasih peluang langsung diminggu pertama.
Then time nak balik tu, kena tunggu bas pulak. Time tunggu bas tu bukan main ramai lagi adik-adik pompuan. Abam sorang je lelaki, baru nak control-control sikit, dipendekkan cerita, aku ditinggalkan oleh 4 buah bas. Memandangkan aku sorang je yang nak ke Taman U dan adik-adik tu nak ketempat lain. Means adik-adik tu dok pandang aku je la ditinggalkan bas walaupun aku tahan bas tu bukan main lagi. Boleh je bas tu jalan tak berenti kat tempat aku. Adik-adik dah pandang lain macam tengok abam ditinggalkan 4 bas. Dah la bas kena tunggu setiap 30 minit. Mereput tunggu bas 2 jam. Rasa nak sorok je muka ni kat poket. Hahahaha.
Hati dah membara, rasa nak hempuk je pakcik yang tinggalkan aku ni. Bazir masa woi ! Nasib tahap kesabaran ni tinggi, bolehlah naik bas ke 5 dengan hati yang tenang. hehehe That's my story for my 1st week. Kawan-kawan plak camne? ceh cerita skit. hahaha
ZULASRI : Tahun akhir beb, doakan abam ! :)
JOM TERJAH STORY INI JUGA :
Program Pemantauan Pelajar Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia
By Zulasri Ashaari - November 13, 2016
Setelah sekian lama jadi pelajar nakal yang tak reti-reti nak pakai formal, akhirnya terpakai juga baju formal yang hampir nak berhabuk. Dah senior la katakan, mana nak pakai formal dah. Pakai jeans dan t-shirt je masuk kelas. Mampos dengan tatacara pemakaian. Hahaha Memandangkan pegawai KPM nak datang harini, abam pun bersusah payah la nak seterika baju pepagi dan berpakaian formal. Agak janggal juga sebenarnya nak pakai macam ni. Tapi nak buat macam mana, bakal cikgu lah katakan. hehehe
Alhamdulillah, melalui pemantauan ini, dapatlah kami tahu serba sedikit mengenai isu-isu semasa mengenai pendidikan dinegara kita. Bukan mudah sebenarnya untuk jadi pendidik. KPM mengeluarkan banyak duit untuk memastikan kualiti pendidikan kita setaraf dengan negara-negara maju. Kita seharusnya bersyukur, walaupun negara kita dilanda ekonomi yang teruk, tetapi sistem pendidikan kita masih dijaga. Yelah kan, kalau bukan pendidikan bagaimana kita nak jadi negara maju kan? ye dok?
ZULASRI : Abang lanje satu gambar dengan pegai KPM. Follow abang kat insta juga @ohohzulasri
JOM TERJAH STORY NI PULA :
Program Road Tour De Parit Kings Dapat Pujian Daripada Datuk Aziz Bin Kaprawi
By Zulasri Ashaari - November 11, 2016
Alhamdulillah, program Road Tour De Parit Kings & Unity Run 2016
berjalan dengan lancar walaupun hujan. Terima kasih YB Datuk Aziz
Kaprawi,Timbalan Menteri Pengangkutan dan Prof. Madya Dr Asri Bin
Selamat, Tim.Naib Canselor UTHM kerana sudi datang serta memeriahkan
lagi acara pada pagi ini! Tidak lupa kepada MT dan AJK pelaksana yang
menghabiskan byk masa untuk program ni. You guys memang TERBAIK ! Tanpa
korang semua, program ni tak havoc. Tahniah !!
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar yang mengambil pengurusan koko FPTV 2016 dimana program ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Jelita Batu Pahat. Selain itu juga, program ini dijalankan serentak dengan MAKNA Run dan United Run. Alhamdulillah, jumlah penyertaan melebihi 1000 orang dimana program ini dijalankan di sekitar UTHM dan Parit Raja. Walaupun cuaca tidak mengizinkan ketika itu, program tetap diteruskan walaupun hati ni dah cuak nak jawab apa kat TNC. Hahaha.
ZULASRI : Sesi pembelajaran luar kelas :)
Jom Terjah Story Ni Pula :
- Menara Tiananmen Projek Bahasa Asing
- Jelajahi Kinabalu Park
- Kionsom Waterfall
- Kebaikan dan Keburukan Internet
- Tips Cuti pertengahan Semester
Kejohanan Bowling Kebangsaan Piala Naib Canselor 2016
By Zulasri Ashaari - September 12, 2016
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.. Sukacitanya kami dari
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ingin menjemput semua pemain
bowling di seluruh Malaysia untuk menyertai pertandingan PIALA NC UTHM
kali ke-10!Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar atau staf
dari IPTA, IPTS, Badan Kerajaan dan Badan Berkanun serta Koperat..Jangan
lepaskan peluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM6000!!!
Venue : Melaka International Bowling Center (MIBC) , Melaka
Tarikh : 22 Oktober 2016 (Sabtu)
Format : 4 Berpasukan (seorang 3 games)
Venue : Melaka International Bowling Center (MIBC) , Melaka
Tarikh : 22 Oktober 2016 (Sabtu)
Format : 4 Berpasukan (seorang 3 games)
Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Urusetia Penyertaan Piala NC kami Amirul Qaiyum Zul Asri Ashaari Lubis Ammar Kamsani
Jadi apa tunggu lagi, daftarlah sekarang sementara masih ada kekosongan!
ZULASRI : Hey Guys, boleh hubungi kami ok untuk keterangan lanjut. Thanks guys.
Jadi apa tunggu lagi, daftarlah sekarang sementara masih ada kekosongan!
ZULASRI : Hey Guys, boleh hubungi kami ok untuk keterangan lanjut. Thanks guys.
JOM TERJAH STORY NI PULA :
Masuk je cuti semester, terus berhabuk blog ni. Sibuk bercuti lah katakan. Okay, dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua bloggers dan pengunjung blog ini. Maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa dan tidak terlayan comment-comment daripada pengunjung blog ini. Terima kasih kerana masih sudi untuk melawat dan berkongsi pendapat. Semoga hubungan kita dirahmati oleh Allah S.W.T.
ZULASRI : Makan berpada-pada. Jaga kesihatan anda. hhehhe
Jom Terjah Story Ni Pula :
SELAMAT HARI RAYA SEMUA !
ZULASRI : Makan berpada-pada. Jaga kesihatan anda. hhehhe
Jom Terjah Story Ni Pula :






