LANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 15 APRIL - 28 APRIL
By Zulasri Ashaari - April 10, 2020
Sesuai dengan perutusan kerajaan Malaysia tadi, nampaknya PKP diteruskan lagi untuk fasa ketiga iaitu 15-28 April. Masyarakat seolah-olah dapat mengagak benda ni akan diteruskan berikutan jumlah positif virus ini masih di peringkat bahaya.
Keputusan kerajaan untuk meneruskan tempoh pkp ini merupakan langkah yang bijak kerana kita sekarang berada di fasa pencegahan. Penangguhan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko penyakit ini daripada terus merebak. Pelaksanaan ini sememangnya sudah dikaji dan penambahan tempoh pkp ini bukan dilakukan secara suka-suka.
Ada beberapa pesanan daripada rakan-rakan yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp mengenai tempoh ramalan untuk PKP ini iaitu ;
14 hari fasa 1 - Pemantauan14 hari fasa 2 - Pencegahan
14 hari fasa 3 - Pemulihan
14 hari fasa 4 - Pembersihan
14 hari fasa 5 - Pembebasan
Selepas tu baru boleh diistiharkan bebas COVID19.
70 hari = 2 bulan 10 hari
18 mac ke 17 apr
18 apr ke 17 mei
18 mei ke 28 mei
29 mei 2020 baharu pulih dengan syarat, kita kena amalkan semua larangan dan berdisplin untuk elakkan perkara sama berulang. Semoga penambahan tempoh kawalan pergerakan ini akan membawa hasil dan menyelamatkan kita daripada penyakit merbahaya ini. Sekian terima kasih
Zulasri
0 comments
Kritikan Seorang Engineer Bertauliah