Ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, agak sukar untuk kita untuk kemana-mana. Ini dilakukan demi menjaga keselamatan kita semua. So thanks kepada kerajaan Malaysia sebab menjalankan tugas dengan baik. So yang terpaksa merentas negeri juga, disini saya akan menerangkan procedure yang perlu dilakukan supaya korang tidak terkandas ditengah jalan. So penerbangan ini pada 22 MEI 2020 iaitu 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Bermula 23 Mei 2020, semua perjalanan merentas negeri tidak dibenarkan walau apa jua alasan kecuali kematian atau hal-hal kecemasan.
Jika anda ada pertanyaan, anda boleh comment dibawah. Thanks :)
Borang Kebenaran Rentas Negeri Ketika Perintah Kawalan Pergerakan
ZULASRI : Harap penerangan ini dapat membantu. Please dont forget to subscibes my Youtube channel. Thanks
Sebut je Penang, mesti teringat dengan Nasi Kandar. Tidak dinafikan lagi Penang antara negeri yang banyak makanan yang best-best. Dah banyak kali datang Penang tak sempat nak jalan-jalan cari makan. Asyik ada game bowling je. So kali ini, aku dan member gerak ke Penang untuk jalan-jalan cari makan je. So hari ini aku akan kongsikan 5 tempat makan yang best di Penang dan banyak orang tak tahu. Biasanya asal dengar Penang je orang mesti akan fikir nasi kandar kan? Tapi sebenarnya ada lagi tempat-tempat yang viral dan orang tak tahu sangat kewujudannya. So jom kita lihat 5 tempat makan yang best di Penang. ( WAJIB PERGI )
Zulasri : So jangan lupa untuk subscribe youtube channel saya sekali untuk lebih banyak video yang menarik. See you di next video guys :)
Tenaga elektrik memang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Hampir setiap hari kita menggunakan tenaga elektrik tapi pernah tak korang terfikir macam mana ia bermula? Okay hari ini saya akan share mengenai macam mana elektrik ni boleh terhasil dan bagaimana sebenarnya dia boleh wujud.
So, do support me guys, please subscribe my channel untuk video seterusnya. Sokongan anda adalah kekuatan saya. Thanks Guys
ZULASRI : Jangan lupa share dan subscribe channel saya untuk lebih video mengenai pendidikan elektrik. Thanks Guys
Mengawal laptop/pc menggunakan handphone merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Team Viewer. Dengan menggunakan aplikasi ini, kita dapat mengawal laptop tersebut walaupun berada dimana-mana dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja.
Pertama sekali, komputer atau PC anda kena mempunyai aplikasi Team Viewer. Tanpa aplikasi atau software ini, komputer anda tidak akan dapat dikawal. So download dahulu software Teamviewer menggunakan link yang saya bagi dibawah ini.
So bila dah selesai download tu, so korang boleh tengok cara-cara penggunaan dan mengawal PC atau komputer korang dengan menggunakan telefon anda. So saya dah buat video di Youtub, so korang boleh ikut cara mudah itu. Selepas dah tengok tu, jangan lupa subscribes Youtube channel saya ya untuk lebih banyak video selepas ini. Thanks
Cara Mudah Buat Dalgona Coffee Viral. Semenjak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai sebenarnya saya tengok orang-orang sosial media (Socmed) mencuba sesuatu yang luar biasa termasuklah aku sendiri. Tidak dinafikan, banyak sebenarnya masa yang terluang sepanjang PKP ni dilaksanakan. Ramai sebenarnya berkongsi hasil pembuatan dalgona coffee mereka baik di instagram, tiktok serta media sosial yang lain. So memandangkan Dalgona Coffee ini semakin viral dikalangan nitezen, aku pun tidak terlepas untuk mencuba. Hehe dengar kata sedap.
So setelah membuat sedikit kajian, bahan yang digunakan serius sangat simple gila. Kiranya senang nak dapat sebenarnya bahan pembuatan dalgona coffee ni. So bahan basic yang diperlukan hanyalah ;
Serbuk Coffee
Gula
Air Panas
Ais Batu
Susu segar
Mudah bukan? Yess ! senang sangat dapat benda-benda ni. Semua korang boleh dapatkan di 99Speedmart atau kedai berdekatan anda. So ni cara-cara nak buat Dalgona Coffee basic yang mudah. Ni boleh minum dalan 3-4 gelas. So buat sekali je dan kongsi ramai-ramai.
Ambil mangkuk mak kat dapur tu sebab lagi mudah sebenarnya guna mangkuk dalam proses pembuatan dalgona coffee viral ni. Guna mangkuk untuk yang takde alat pemutar tu okay. Kita buat secara manual sahaja.
Masukkan 2 sudu serbuk coffee dan 2 sudu gula.
Masukkan air panas sedikit kemudian, gaul ketiga-tiga bahan ini sehingga dia lembut dan nampak sedikit creamy. Aku gaul guna sudu dalam 10 minit gak. Lenguh wei tangan nak gaul. Hahaha
Bila dah selesai dan keadaan coffee dah smooth, ambil cawan dan masukkan susu segar yang sejuk dan masukkan ais siap-siap.
selepas itu baru masukkan coffee yang dah siap digaul tu tadi.
then dah siap dalgona coffee viral tu. Mudah bukan?
Sebenarnya zul hanya ajar buat dalgona basic sahaja. Selebihnya ikut kreativiti masing-masing, Macam kawan zul, dia letak cream kat atas dolgona coffee dia then letak sedikit serbuk koko supaya aroma dia lebih menarik. Tidak kurang juga mencampur susu segar tersebut dengan gula perang atau lebih dikenali sebagai brown sugar. So ikut kreativiti korang nak macam mana. Korang boleh juga menggantikan serbuk coffee dengan Milo. Serius Sedap guys. Selamat mencuba.
AMARAN : Bagi yang tidak biasa dengan coffee, Dalgona coffee ni mungkin akan menyebabkan anda sakit kepala yang melampau dan tidak boleh tidur. So disarankan supaya guna serbuk lain terutamanya untuk kanak-kanak.
Permohonan Bantuan Khas Rakyat Sabah Yang Bekerja Di Semenanjung. Negeri Sabah telah membuat inisiatif dengan memberi bantuan kepada rakyatnya. Tidak terlepas untuk golobgan B40 yang bekerja di Semenanjung Malaysia. Tujuannya adalah untuk membantu rakyat Sabah untuk membeli barang keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Suhubungan itu, rakyat Sabah boleh membuat semakan atau membuat permohonan baru di http://ppnskl.sabah.gov.my
Semoga dengan usaha kerajaan negeri Sabah ini, dapat meringankan beban kita semua. Stay Safe & stay healthy ya semua. Selamat memohon
Seorang Pemuda Yang Mempunyai Cita-Cita Besar Dan Bergerak Secara Solo Di Dunianya Sendiri. Dulunya Seorang Juru Audit, Kini Menjadi Guru di Sebuah Sekolah Vokasional.