ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN
Menghadiri majlis ilmu merupakan amalan yang dituntut oleh semua agama. Menuntut ilmu bukan sahaja berguna untuk diri sendiri, bahkan ia juga berguna dalam pembentukan negara. Menghadiri majlis ilmu boleh dilakukan dengan berbagai cara sebagai contoh menghadiri kuliah maghrib di Masjid. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
ADMIN : Perkara diatas sesuai dengan falsafah kumpulan kami iaitu "Dengan Ilmu Kita Melangkah"
JOM TERJAH STORY INI PULA :
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAH.
Masalah kerja berkumpulan? Siapa yang tak pernah menghadapi masalah ini? Rata-rata kita semua pernah mengalami masalah ini khususnya di alam Universiti dan di alam pekerjaan. Kerja berkumpulan selalunya akan menjadi masalah utama untuk setiap pelajar/pekerja. Kebanyakan kerja berkumpulan ini dilakukan disaat akhir. Aku sendiri pun tak tahu kenapa sesetengah pelajar "berlagak pandai" dan suka sangat melakukan sesuatu kerja disaat akhir. Kerja disaat akhir akan membuat HASIL kerja kita tak seperti yang kita harapkan. Hasil kerja tersebut mungkin tidak se"perfect" yang kita diinginkan. Dengan adanya perancangan yang betul, kerja akan lebih mudah dan tidak menggangu aktiviti harian kita.
"CARA MENGATASI MASALAH KERJA BERKUMPULAN"
Cara yang sesuai digunakan mengikut pengalaman aku untuk mengatasi masalah ini ialah "Jadi Ketua". Mungkin orang akan cakap yang kita ni Gila Kuasa, tapi jika anda fikirkan balik, bolehkah sesebuah kerja itu dilakukan tanpa seorang ketua?. Kebanyakan pelajar hanya akan melakukan kerja jika disuruh. Dengan adanya kuasa menjadi ketua kumpulan, anda seharusnya menjadi penggerak sesuatu kerja tersebut. Jadi kerja berkumpulan itu berjalan dengan lancar dengan kebijaksanaan ketua.
Setelah menjadi ketua, anda kena lah menyediakan satu kertas kosong dan kalendar. Bincang dan buat perancangan dalam melakukan proses kerja. Buat jadual pelan tindakan dan anggaran masa yang perlu untuk semua "sub-task". Adalah menjadi kebaikan jika anda mengajak rakan-rakan yang berada dalam kumpulan untuk berbincang. Setelah perbincangan tersebut selesai, dapatkan pendapat daripada boss/pensyarah mengenai hasil kerja yang kita lakukan. Yela, kadang-kala, sesetengah pelajar/pekerja akan "syok sendiri".
Setelah itu, tentukan tarikh yang sesuai untuk menulis hasil kerja tersebut. Elakkan daripada berbincang di whasapp atau sms. Kalau boleh, bersemuka la dengan ahli kumpulan yang lain. Kongsikan maklumat hasil kerja anda di facebook. Create satu group rasiah agar orang lain tak ceroboh/copy hasil kerja anda.
ADMIN : Harap membantu anda semua menangani masalah kerja/projek berkumpulan. Selamat berjaya.
Hasil pembelajaran daripada Dr. Afandi Bin Ahmad (Pensyarah UTHM FKEE)
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA
Lama tak buka akaun Nuffnang. Kali ni syukur Alhamdulillah, setelah sekian lama MR.Nuffnang tak singgah blog aku, akhirnya minggu lalu Mr.Nuffnang beri sedikit rezeki buatku. Entri kali ni mengenai "Cpuv Nuffnang SENHENG Online Store One".
Sesiapa yang tak kenal SenHeng tu, ni ceritanya ditubuhkan pada tahun 1989, Senheng merupakan kedai peralatan elektrik yang terkemuka di Malaysia. Hari ini, terdapat lebih 100 kedai Senheng di seluruh seluruh Malaysia di mana setiap kakitangan di kedai itu adalah terlatih dan semua sentiasa bersedia untuk melayan pelanggan dan memenuhi kehendak mereka. Talian jualan 'Beza,memang berbeza" telah mengangkat lagi nama SenHeng dipasaran Malaysia. Senheng telah mengambil satu lagi langkah berani untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan produk yang berkualiti kepada semua pelanggan iaitu pembelian barangan secara online. Jom lawati website SenHeng untuk mengetahui promosi yang ditawarkan oleh Syarikat mereka. !
ADMIN : Banyak tau yang ditawarkan oleh SenHeng. Golongan wanita beruntung kerana SenHeng menyediakan tawaran Khas untuk wanita. Enjoy !
Vintage style kini menjadi trend semula di masa ini. Siapa sangka, dulu vintaj style dulu dikatakan lapuk kini menjadi trend semula. Ramai selebriti yang mula berfesyen ala-ala 90-an. Antara yang paling hot sekarang adalah Wak Doyok. Bagi yang sentiasa update tentang penggayaan rambut, pasti tidak terlepas untuk menggunakan pomade yang sememangnya laku bagai pisang goreng panas sekarang ini.
Sebelum itu, pomade tu apa sebenarnya? Pomade adalah bahan berminyak dan berlilin yang digunakan untuk mendandan rambut. Pomade membuat rambut kelihatan licin, kemas dan berkilat. Tidak seperti semburan rambut dan gel rambut, minyak rambut pomade tidak kering, tetapi sedikt sukar untuk membuangnya daripada rambut. Ia dengan mudah boleh dikeluarkan dengan menggunakan syampu khas atau de-greasers seperti minyak zaitun atau syampu berminyak dan bilas dengan air suam. Pomade biasanya digunakan dengan rambut Afro-bertekstur untuk memastikan ia tidak kering
Tip paling mudah adalah tipiskan bahagian kiri dan kanan rambut. Di bahagian tengah rambut pula dibiarkan sedikit panjang dan tebal. Sikat rambut ini ke tepi dan sapukan sedikit pomade. Selamat Mencuba !!!
ADMIN : Macam best je. Jom try ! dapatkan di kedai-kedai terdekat !!




