ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA
TERKENAL dengan produk minuman sejak 60 tahun lalu, jenama minuman Milo sentiasa mendidik serta memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan fizikal dan keperluan makanan berkhasiat untuk seluruh rakyat Malaysia. Milo telah melaksanakan Gerakan Sarapan Milo di seluruh negara bagi menyampai serta memperkukuhkan kefahaman rakyat Malaysia mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi. Dan pada hari ini, Milo telah datang ke 1 Borneo Hypermall dengan pelbagai pameran serta permainan untuk rakyat Sabah khususnya masyarakat disekitar Kota Kinabalu.
KLIK SINI untuk melihat lebih gambar ---------> Flickr
ADMIN : Teringat iklan milo dulu, "minum milo anda semangat juara ! membantu anda mencapai cita ! haha :p
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA
Tahu kah anda setiap sabtu terakhir di bulan Mac adalah Hari Bumi Sedunia? Setiap hari sabtu terakhir di bulan Mac, Masyarakat diseluruh pelosok dunia akan menyambut Earth Hour dimana seluruh rumah,kedai atau tempat yang banyak menggunakan tenaga elektrik akan mematikan lampu atau peralatan elektrik pada pukul 8.30 malam. Di Kota Kinabalu Sabah, tahun ni mereka membuat program tersebut di Pantai Tanjung Aru dimana turut disertai oleh pelajar sekolah diseluruh Sabah serta IPTA/IPTS yang terlibat untuk menjayakan program ini. Sambutannya agak meriah dimana terdapat beberapa persembahan dari artis jemputan serta Jemputan beberapa VIP seperti Presiden WWF Malaysia serta Datuk Bandar Kota Kinabalu.
Klik Sini untuk LEBIH gambar --------> Flickr
ADMIN : Kita kenalah selalu kurangkan penggunaan tenaga elektrik, bukan Earth hour ja. xD
Syukur Alhamdulillah, Akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian di Politeknik Kota Kinabalu dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Perhubungan. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ibubapa,pensyarah Politeknik serta rakan-rakan seperjuangan kerana banyak membantu saya selama berada di Politeknik. Tidak Lupa juga ribuan terima kasih buat P.A kami, Puan.Norzilawati kerana menjaga dan mendidik kami selama berada disini. Kepada rakan-rakan Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan, Saya doakan kamu semua berjaya dalam kerjaya kamu. Saya akan merindui kamu semua.
Soalan:
Balut adalah telur itik atau ayam yang telah dibuahi yang didalamnya terkandung janin yang hampir sempurna. Telur ini direbus dan dimakan di cangkangnya. Umumnya orang di Filipina percaya bahwa telur tersebut mengandung protein tinggi dan bermanfaat untuk jantung. Makanan ini dijual di pasar-pasar Filipina dan juga di jalan-jalan. Apa hukum memakan telur semacam ini?
Jawapan:
Segala puji hanya bagi Allah Ta’ala.
Deskripsi telur semacam ini yang ada pada beberapa website adalah sebagai berikut:
“Perkembangan anak ayam biasaya menghabiskan waktu sebanyak 28 hari. Namun Balut adalah telur yang telah dierami selama 18 hari saja sampai mereka benar-benar memiliki janin dengan skeleton [kerangka] yang masih sederhana.
Ketika telur telah berusia 16-20 hari, maka telur-telur tersebut siap untuk dibawa ke pasar dimana telur-telur tersebut akan direbus untuk ribuan pelanggan yang menikmati makanan ini. Ini tergantung dari ukuran telur. Telur terbaik adalah yang berusia 18 hari. Para penjual mencuci telur menggunakan spons lalu ketika telah benar-benar bersih , mereka meletakannya di panci dan direbus.”
Memakan telur yang mengandung janin yang belum sempurna, hukumnya adalah haram karena itu termasuk memakan bangkai [sesuatu yang mati tanpa disembelih sesuai syariat-ed]. Memakan bangkai telah pasti keharamannya dalam syariat islam.
Para Ulama dari Lajnah Daa-imah Lil Ifta- telah ditanya seputar hukum memakan telur seperti ini dan mereka memfatwakan haramnya.
Mereka ditanya:
Ketika kami mengunjungi Filipina, kami perhatikan bahwa orang-orang di negeri tersebut umumnya memakan sebuah hidangan yang mereka sebut Balut. Ini merupakan telur ayam yang di tempatkan dalam inkubator sampai berkembang membentuk anak ayam kecil dengan semua anggota-anggota tubuhnya. Tiga hari sebelum telur itu ditetaskan mereka memasak telur tersebut dalam air sampai matang lalu mereka memecahkan cangkang telur tersebut dan memakan anak ayam yang terdapat didalamnya.Mohon berikan fatwa kepada kami berkenaan hukum memakan makanan ini.
Lajnah Da-imah menjawab:
Seperti yang disebutkan, anak ayam ini dikira sebagai bangkai dan tidak dibolehkan untuk memakannya kerana telah terbentuk anak ayam didalam telur tersebut dan larangan memakan bangkai telah diketahui secara pasti dan dikenal luas dalam islam [Ma'lum minaddin Bidharurah-ed].
Tertanda, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Alu Syaikh, Syaikh ‘Abdullah bin Al-Ghadyaan, Syaikh Shalih Al-Fauzan dan Syaikh Bakr Abu Zaid
{Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa-imah: 22/305}
Wallahua’lam.
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia..
SALAH BETUL
Penat sangat ni hari tau. Pagi-pagi dah kena pergi ke KWSP untuk menyelesaikan segala urusan kerja. Dah tu Kanta lekap aku pula buat masalah. Yes ! kadang-kadang perkara yang kita pandang remeh akan akan menyusahkan diri disaat kita memerlukan. Memang bikin panas !!. Sampai ja di KWSP, mata aku bertukar merah macam tu pontianak. Semua orang pandang macam aku ni hantu ja. Kanta lekap aku tu sebenarnya sudah koyak sedikit, tapi aku langsung tak perasan. Aku mula perasan pun masa mata mula pedih dan bertukar warna. Lagi-lagi aku yang sedang memandu ni pun stress mencari parking dikawasan tu.
Selesai ja urusan di KWSP, Ibu ku pula minta hantar ke Jabatan Pendaftaran Negara. Huru-hara jadinya sebab aku terpaksa balik kerumah lagi untuk mengambil kaca mata kemudian menjemput ibu ku di kedai. Hari ini memang tak best untuk aku sebab penat dan kanta lekap buat masalah. Selesai sahaja semua urusan, aku bergegas ke klinik pakar untuk mendapatkan rawatan serta khidmat nasihat untuk kegunaan masa hadapan.
Menurut pakar, benda ini kerap berlaku kepada sesiapa yang baru memakai kanta lekap. Kebanyakan perkara ini berlaku kerana sikap pemakai yang sambil lewa dan mengambil ringan terhadap pemakaian kanta lekap ini. Di sini ada beberapa tips yang diberikan oleh pakar untuk aku dan tatapan semua. Bagi yang baru sahaja belajar memakai kanta lekap, gambar di bawah menunjukkan cara yang betul dan yang salah ketika memakai kanta lekap.
SALAH BETUL
Sebelum memakai kanta lekap, anda dinasihatkan mengikut langkah-langkah yang ada dibawah :
Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka kanta lekap. Selepas basuh, pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis.
Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering.
Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih penyelesai pelbagai guna(multipurpose solution) terutrama di bahagian atas kanta tersebut. Gunakan salah satu jari anda untuk menggosok kanta dengan lembut bersama titisan pencuci tadi.
Langkah 4: Bilaslah kanta lengkap anda dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.
Lnngkah 5: Simpan kanta lekap anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap anda.
ADMIN : Harap tips ini dapat membantu rakan-rakan blogger agar perkara yang terjadi kepada aku tak akan kena pada kamu. Aku share sebab aku kisah. hehehehe


