
Salamsejahtera dan salam 1malaysia...
Sekarang ini dah boleh katakan setiap rumah mesti ada line internet atau internet secara Wifi untuk berkongsi kan internet dengan laptop or komputer yang lain didalam rumah... kelebihan wifi ini banyak sebenarnya dari segi untuk berkongsi... dan keburukan dia adalah kalau jiran sebelah dpt tangkap line wifi korang & terer crack password WEP korang mmg malang la... kalau just guna untuk browse laman web tak ape..., inikan download mcm2 sampaikan tarikan jumlah Mbps tu hanya pergi ke jiran korang je,,. yg korang pulak bengang internet lembap...
kalau internet tu dah rasa lebab maybe adalah orang yang tengah ambil kesempatan kat wifi korang...
Ok.. sekarang saya nk tunjukkan cara2 check siapa yang sedang menggunakan wifi anda...
kalau nk usha sape yg guna wifi korang guna wirless network watcher... (nk watcher sahaja x boleh kill) download: http://www.softpedia.com/get/Network-Tools/Network-Information/Wireless-Network-Watcher.shtml
nak senang guna netcut:.. boleh watch & kill... download: http://www.softpedia.com/get/Network-Tools/Network-Monitoring/netcut.shtml
Cara2...
1. download netcut.
2. install
3. buka netcut yg telah diinstall (kalau windows vista & 7 rightclick padanya & run administrator)
4. perhatikan pd HostName.., jika ada nama komputer yg tidak dikenali atau disyaki jiran anda yg curi klik pdnya... kemudian klik cut off.. icon pd komputer yg anda block itu akan bertukar jd merah seperti langkah 5.

5. sekarang anda dah block komputer tersebut dari akses wifi anda...

6. untuk unblock balik.. klik Resume

kalau wifi korang lebab, check tak de sape yg curi.. itu kne call TM or sewktu dgnnya..
SUMBER : OH ! OH ! ZULASRI
Kisah Judas Iscariot, Lelaki Yang Disalib Selepas Ditukar Dengan Nabi Isa
By Zulasri Ashaari - March 17, 2013

Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas Iskariot) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Ini disebabkan oleh tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.
Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa/ The Apostle ) kepada ketua-ketua imam Yahudi.

gambar hiasan-bukan gambaran sebenar,ianya hanya ilustrasi dari pelukis)-Judas Iscariot (right), retiring from the Last Supper, painting by Carl Bloch, late 19th century.
Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun ( The Apostle) menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (Last Supper). Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsemani, Baitumuqaddis.
Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan “Salam sejahtera wahai Rasullullah” dalam bahasa Ibrani).
Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.
Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.
Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.

Gambar Hiasan
Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata “Eli-Eli Lammasabacthtani” maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku”. Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.
Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa’:157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as. (sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)
“dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakandengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa”.
(An Nisaa’ : 157)
SUMBER : http://amekaw.com
Apa Patut Kita Buat Jika Terlupa Rakaat Masa Solat . Berhenti Dan Solat Semua Ke ?
By Zulasri Ashaari - March 17, 2013

SOALAN : Apa Patut Kita Buat Jika Terlupa Rakaat Masa Solat . Berhenti Dan Solat Semua Ke ?
JAWAPAN :-
Itulah bijaknya syaitan melalaikan kita dan betapa lemahnya kita kerana terpedaya dengan tipu helah syaitan. Konsepnya mudah sahaja apabila terlupa dalam solat iaitu hendaklah membina atas keyakinan.
Contohnya terlupa bilangan rakaat sama ada tiga atau empat rakaat. Cuba ingati semula susur galur solat untuk mempastikan bilangan yang yakin. Jika tidak dapat, maka ambillah rakaat yang paling sedikit iaitu tiga rakaat.
Sabda Nabi S.A.W :
“Jika seseorang daripada kamu syak dalam solatnya, lalu dia tidak tahu berapa rakaat telah dilakukannya. Adakah tiga atau empat? Maka buanglah syak dan peganglah apa yang diyakini (buatlah jumlah rakaat yang diyakini). Kemudian sujudlah dua kali sujud sebelum memberi salam. Jika dia telah melakukan lima rakaat, maka ia (kedua sujud dan duduk antaranya) menggenapkan solatnya. Jika dia telah melakukan sempurna empat rakaat, kedua sujud itu sebagai satu tanda kehinaan bagi syaitan”. (Hadis Riwayat Muslim)
Jadi tak perlulah untuk menghentikan solat lalu memulakan solat baru. Jangan pula diambil bilang rakaat yang banyak . Kalau ambil bilangan rakaat yang banyak lalu pada hakikatnya kurang, maka solat itu tidak sempurna. Tetapi kalau diambil bilangan rakaat yang sedikit lalu pada hakikatnya sudah terlebih , itu tidak mengapa
Sumber : Harian Islam

Selain pulau dengan nama yang sama, wilayah Kesultanan termasuk pulau-pulau dan pelbagai daerah di dalam dan di sekitar Laut Sulu
Assalammualaikum
Facebook anda pernah kena hack tak ? Anda tahu tak siapa yang bertanggungjawab untuk melakukan semua ini ? Adakah ia nya ter hack oleh orang lain ? atau sengaja nak hack diri sendiri untuk mencari publisiti ?
Cara elak Facebook Anda kena hack :
1. Jangan sesekali meminjam kan HP yg FB nya dalam keadaan online
2. Pastikan Password Email dan FB anda tidak sama.
3. Buat password yang sukar untuk dijangka
4. Jangan Lupa logout
Pada hari ini , kawan saya sudah kena Hack .. hahaha Siapa kah yang bertanggungjawab ???
