Kesibukan hari raya masih terasa, banyak lagi Rumah Terbuka yang perlu dihadiri. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk berhari raya. Didalam kesibukan aku menghadiri rumah sanak saudara dan rakan-rakan, aku terlalu sibuk untuk memeriksa peti surat di Pejabat Pos. Alhamdulillah, ada orang menghantar kad raya kepada ku tahun ini. Thanks kepada rakan blog yang sudi untuk memberi kad raya kepadaku. Suka dan terharu sangat. Insyaallah aku akan balas kad raya yang anda kasih tu.
Thanks to Sweetyzhanieyz83.blogspot.com & Irrayyan.com
ADMIN : Sesiapa blogger yang ingin menghantar kad raya kpd aku, sila hantar ke alamat di bawa. Insyaallah aku akan balas kad raya korang. Mungkin dgn cara ini kita boleh mengeratkan ikatan persahabatan kita kan?
Air terjun Kionsom yang terletak di Inanam Sabah adalah air terjun yang paling dekat dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Jarak diantara bandar Kota Kinabalu dengan Air terjun kionsom kira-kira 25 km atau 30-40 minit memandu dari bandar. Air terjun ini terkenal di kalangan penduduk tempatan dan kadangkala sesak dengan kehadiran orang awam untuk berkelah disini terutama pada hujung minggu dan cuti. Suasana yang segar dan indah serta dikelilingi dengan alam semula jadi membuatkan anda lupa dengan tekanan seharian. Terdapat kemudahan yang disediakan disini, antaranya gerai makanan/minuman , tandas, tempat mandi , dan pondok berkelah.
Bayaran masuk Air Terjun Kionsom adalah RM1.50 untuk dewasa dan RM 0.50 untuk kanak-kanak.
Tips : Bawa makanan dari rumah/dari luar kerana harga makanan di gerai Kionsom sedikit mahal.
Untuk lihat lebih banyak gambar, sila lihat/follow My Flickr
ADMIN : Tempat yang sesuai untuk menikmati keindahan alam semula jadi
Kinabalu Park atau Taman Kinabalu merupakan antara Taman yang terkenal di negeri Sabah. Taman Kinabalu ini merupakan salah satu Taman Nasional pertama di Malaysia pada tahun 1964.Selain itu, Taman Kinabalu juga diiktiraf sebagai salah satu tapak biologi paling penting dalam dunia dengan lebih daripada 4,500 spesis flora dan fauna, termasuk 326 burung dan kira-kira 100 spesies mamalia. Keindahan alam semula jadi yang ada disana membuatkan kita berasa tenang dan jauh dari bandar. Bayaran masuk untuk ke Kinabalu park ialah RM3 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Bagi pelancong asing pula, mereka dikenakan bayaran sebanyak RM15.
TIPS : Jangan buang tiket pembayaran ke Kinabalu Park kerana anda boleh menggunakan tiket itu ke Kolam air panas Poring.
Taman ini adalah salah satu tempat pelancongan yang paling popular di Sabah dan Malaysia amnya. Pada tahun 2004, lebih dari 415.360 pengunjung dan 43.430 pendaki melawat Park.
Jom lihat lebih banyak lagi gambar keindahan di negeri Sabah -----> My Flickr
ADMIN : Untuk pengetahuan anda, Kinabalu Park juga merupakan titik pertama untuk mendaki Gunung Kinabalu.