Untuk mendapat kerja di institusi kerajaan dengan kelayakan SPM sekarang ni amat sukar. Banyak persaingan berlaku diantara pelajar lain. Semakin ramai pelajar Malaysia semakin pandai dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Baru-baru ini, aku mendapat email daripada seorang sahabat blog yang mempertanyakan bagaimana untuk mengambil SPM semula. Okay, sebelum kita ingin mengambil peperiksaan ulangan, kita hendaklah berpegang dengan syarat yang diberikan oleh Kementerian.
Syarat Pendaftaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan / Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
atau
- Mereka yang pernah menduduki PMR sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM.
atau
- Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC.
atau
- Mereka yang telah mencapai umur 19 17 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan SPM semasa.
Mereka yang tidak memenuhi mana-mana satu syarat menduduki peperiksaan tersebut di atas tetapi dapat memberi alasan yang munasabah boleh memohon kelulusan untuk mengambil peperiksaan daripada Pengarah Peperiksaan, selewat-lewatnya akhir Januari tahun peperiksaan. Ini termasuk pegawai kerajaan yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu untuk pengesahan jawatan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu sebagai syarat mendapatkan ijazah.
Syarat Pemilihan Mata Pelajaran:
Calon hendaklah merujuk Kumpulan mata pelajaran dalam buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM 2006 dan memastikan mata pelajaran yang dipilih tidak bertembung waktu peperiksaannya. Jika bertembung, calon dikehendaki mendaftar hanya satu mata pelajaran dan menggugurkan mata pelajaran lain yang bertembung dengannya.
Calon yang mengambil Peperiksaan SPM kali pertama wajib mendaftar mata pelajaran berikut:-
1103 Bahasa Melayu
1119 Bahasa Inggeris
1223 Pendidikan Islam atau 1225 Pendidikan Moral
1249 Sejarah
1449 Matematik
1511 Sains
Calon juga boleh menambah mata pelajaran lain seperti yang ditawarkan buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM 2006 serta tertakluk kepada syarat mata pelajaran berkenaan dan perkara 1.
Maklumat lanjut sila rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.
HOT !!! - KLIK SINI UNTUK LIHAT CARA PENDAFTARAN ULANG SPM 2017