Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.
MARI BELAJAR BERSAMA UNCLE ZUL
1. Niat atau Perancangan. Untuk memulakan sesuatu, niat atau nawaitu anda, tahu apa yang anda hendak lakukan ialah akan memberi kesan kepada kemudian hari, samaada jangkamasa pendek atau panjang. Sudah semestinya menceburi bidang ini anda hendakkan sesuatu yang terbaik demi mengubah kehidupan anda nanti. Tetapi dalam impian mengejar cita-cita itu, adakah anda telah bersedia dari segi ilmu, daya ketahanan moral, wang ringgit dan sebagainya? Perancangan anda dalam setiap langkah yang anda aturkan memerlukan satu keputusan yang jitu agar tidak silap di kemudian hari. Pastikan anda tahu apa kesan-kesan yang akan mempengaruhi tindakan yang anda lakukan.
2. Dapatkan ilmu - Sebelum memulakan sesuatu, anda hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin anda ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat di mana anda boleh belajar membuat kek. Proses pembelajaran jangan terhenti walaupun anda sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baharu yang belum anda pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada anda. Ada orang yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.
3. Mempraktikkan ilmu - Setelah anda mendapat ilmu, praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi, ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila anda hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya..
4. Promosi - Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang di sekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hati pun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau di kedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.
5. Menjaga pelanggan - Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya, jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda tempahan akan bertalu-talu datang.
6. Sikap yang positif - Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat anda untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang anda buat itu adalah semata-mata kerana jihad anda kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Pasti semangat itu tidak akan pudar.
7. Peralatan yang cukup - Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepada pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.
8. Mendaftarkan perniagaan - Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA atau agensi-agensi lain. Seterusnya, anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.
9. Bersabar - Kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidang pun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian anda akan menjadi kenyataan.
p.s : Harap petua ini dapat membantu Korang okay?
Switching
- Switching merupakan suatu sistem kontrol penggantian, pengalihan, pengubahan atau pemindahan secara elektronik.teknik switching ini sendiri digunakan biasanya untuk memaksimalkan penggunaan bandwith suatu saluran komuniskasi, baik data maupun suara. Jika nantinya proses saluran tersebut tidak diatur melalui switching, maka data/suara akan terus dikirimkan walaupun sudah tidak terpakai lagi. Hal ini mungkin akan sangat berbahaya terutama bagi saluran berbayar.
- Dalam proses switching itu sendiri, ada beberapa prinsip.
- Transmisi data atau informasi jarak jauh biasanya dilakukan melalui beberapa switching node yang saling berhubungan sehingga membentuk suatu jaringan switching atau jaringan komunikasi switched.
- Setiap node yang terdapat dalam jaringan switching bekerja tanpa memperhatikan isi data atau informasi yang ditransimikan. Data ditransmisikan melalui suatu rute yang ditentukan oleh proses switching di setiap node yang dilalui.
Paket Switching
- Paket switching ini adalah pengembangan dari sirkuit switching.
- Paket switching merupakan suatu teknik komunikasi data yang terjadi pada protokol WAN dimana data ditransmisikan ke dalam paket-paket data dan apabila terdapat suatu data atau massage panjang dan melebihi kapasitas transmisi akan dipotong menjadi barisan-barisan paket yang kecil. Setiap paket untuk dikirim terdiri dari data user dan infor control. info control sendiri merupakan suatu info pada paket data dan berisi alamat tujuan dimana paket tersbut dapat ditransfer melalui jaringan untuk mencapai tujuan.
- Di dalam paket switching data akan dikonfersi kebentuk data rate yang mana dua buah station berbeda data rate nya dapat saling berhubungan dan tukar informasi. apabila traffik suatu jaringan mulai padat akan dilakukan pemblokiran pada paket/call yang akan diterima, jiak beban menurun maka call akan diizinkan masuk.
- Dari 2 cara cara switching tersebut, litar switching bekerja dengan baik pada komunikasi berupa telpon/suara kerana sebahagian waktu dipakai untuk satu pihak, seperti telephon antara 2 orang yang bergantian berbicara.
- Akan tetapi pada perhubungan maupun komunikasi data waktu yang dipakai banyak terbuang, sehingga metode ini kurang pas diterapkan pada komunikasi data. Oleh itu pada paket switching lebih pas untuk komunikasi data.
Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)
Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula.
Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.
Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.
Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)
Protocol No. 22: The Power of Gold
KLIK UNTUK GAMBAR YANG LEBIH BESAR
Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.Protocol No. 24: King of the JewsIn our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.
The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.
Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.
P/s : Hanya sekadar berkongsi kepada semua, sekiranya ada salah dan silap sila berikan teguran dan sebarkanlah untuk pengetahuan semua. Wallahhuallam.
Sistem Pendawaian Tersembunyi Dan Sistem Pendawaian Permukaan
By Zulasri Ashaari - July 21, 2012
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA
Hari kedua kita berpuasa, apa khabar Follower-Follower ku yang tersayang? Sihat ? Harap korang sihat je lah ye , Klo yang sakit tu pun , kalau dah tak tahan nak puasa Berbuka je lah. Tp jangan berbuka depan orang yang berpuasa tau. Nanti ada nanti kna Pelempang..Haha. Ok, Pagi ni, Mr.Dracula dapat Request dari salah seorang rakan yang meminta saya untuk menerangkan serba sedikit berkenaan " Sistem Pendawaian Tersembunyi Dan Sistem Pendawaian Permukaan " . Memang payah nak ingat balik benda ni. Almaklumlah , Mr. Dracula belajar benda ni pada semester 1 lagi di Politeknik Kota Kinabalu. Tapi takpa, demi rakan-rakan yang tercinta, Mr. Dracula mencari balik buku yang telah sekian lama tak disentuh itu.
Sistem-Sistem Pendawaian
Sistem pendawaian adalah merupakan pemasangan litar-litar yang mengandungi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan.Ia nya juga dianggap sebagai nama bagi sistem perlindungan bagi pemasangan dan cara bagaimana ianya dipasangkan
Definisi pendawaian Domestik
- Pendawaian yang dilakukan di rumah - rumah dan premis kediaman
Definisi Pendawaian Industri
- Pendawaian yang dilakukan di kilang-kilang atau perindustrian
- pendawaian domestik menggunakan kabel yang mempunyai 2 lapisan penebat dan pendawaian industri mempunyai 1 lapisan penebat kerana kabel pendawaiannya telah dilindungi oleh conduit atau trunking
- Mengikur IEE, terdapat 20 jenis pendawaian. Dan pendawaian yang sering digunakan ialah :
a. Pendawaian tersembunyi
b. Pembuluh
c. pendawaian permukaan
d. sesalur pendawaian bawah tanah
SISTEM PENDAWAIAN TERSEMBUNYI
( Concealed wiring system )
Boleh dibahagi kepada dua jenis
- sistem pendawaian tersembunyi kabel bertebat
- sistem pendawaian pembuluh tersembunyi
Sistem pendawaian Tersembunyi Hanya dibenarkan membawa voltan rendah.
Salah satu sistem pendawaian tersembunyi
SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN
- Voltan yang digunakan ialah voltan terlampau rendah.
- Hanya punca-punca lampu dan kuasa sahaja dibenarkan di dalam sistem ini.
- Boleh dipasang secara terus ke dinding kayu atau diatas lapik kayu pada dinding batu atau konkrit.
- Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK)
Contoh sistem pendawaian permukaan
Mari Belajar Elektrik : Sistem Digital vs Sistem Analog
By Zulasri Ashaari - July 21, 2012
Sistem Analog adalah suatu bentuk komunikasi elektronik yang merupakan proses penghantaran maklumat pada gelombang elektromaknetik, dan bersifat pembolehubah dan berterusan atau disebut juga dengan isyarat analog. Contohnya isyarat gambar pada televisyen, atau suara pada radio yang dihantar berterusan. Analog merupakan proses penghantaran isyarat dalam bentuk gelombang. Misalnya ketika seseorang berkomunikasi dengan menggunakan telefon, maka suara yang dihantar melalui rangkaian telefon tersebut dilewatkan melalui gelombang. Dan kemudian, apabila gelombang-gelombang ini diterima, maka gelombang tersebutlah yang diterjemahkan semula ke dalam bentuk suara, sehingga si penerima boleh mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah lain dari komunikasi tersebut.
Sistem Digital merupakan hasil teknologi yang mengubah isyarat menjadi kombinasi urutan bilangan 0 dan 1 (disebut juga dengan binari) untuk proses maklumat yang mudah, cepat dan tepat. Isyarat tersebut disebut sebuah bit.
Istilah digital adalah menunjuk kepada jari-jari kaki dan tangan, yang telah digunakan selama ribuan tahun untuk menghitung dan menggambarkan data-data nombor. Teknologi digital pada dasarnya hanyalah sistem menghitung dengan cepat yang memproses semua bentuk maklumat sebagai nilai-nilai nombor. Sebelum terjadi perkembangan dari digital moden, hampir semua sistem menghitung dan komunikasi adalah analog. Teknologi analog pada dasarnya hanyalah alat yang sederhana dengan program yang tertentu sahaja seperti contohnya komputer analog. Komputer-komputer analog pada dasarnya adalah alat ukur. Mereka tanggap dalam mengukur kondsi-keadaan yang berubah-ubah. Komputer analog biasa dipasang dalam mesin-mesin untuk memberikan sebuah maklumat dan kawalan automatik.
Namun meski sangat berguna, semua komputer analog buatan manusia mempunyai kelemahan besar iaitu mereka tidak dapat mengukur dengan teliti. Masalahnya terletak pada kemampuan mereka untuk secara konsisten terus menerus merakam perubahan yang terus menerus berlaku. Pada setiap pengukuran , pastinya akan menimbulkan rasa ragu-ragu dengan ketepatannya.
Berbeza dengan komputer analog, komputer digital mampu melakukan ukuran yang jauh lebih tepat kerana komputer tersebut tidak melakukan sebarang keraguan-raguan dan cukup teliti dan cepat.
CONTOH ALAT YANG MENGGUNAKAN SISTEM ANALOG
Analog Multimeter
Alat mengira
CONTOH ALAT YANG MENGGUNAKAN SISTEM DIGITAL
CALCULATOR
DIGITAL MULTIMETER
Hello Semua . Ok , korang pun tau kan , ni adalah entry kedua Mr. Dracula untuk Subjek elektrik nie.Semua ni Mr. Dracula kongsikan adalah untuk berkongsi ilmu Mr. Dracula di samping dapat meningkatkan lagi ingatan Mr. Dracula kepada subjek ni. Kira Refresh balik lah ni .. hehehe Mr. Dracula pun hanya lah manusia biasa yang tidak mampu untuk mengingati semua perkara. OKAY ! Toksah dok panjang lebar bercakap, hari ni kita belajar tentang ARUS Ulang-Alik ( AU ).
Secara umumnya, AC merujuk kepada bentuk tenaga elektrik yang dihantar ke rumah dan premis perniagaan. Walau bagaimanapun, isyarat audio dan radio yang dibawa oleh wayar elektrik juga merupakan contoh arus ulang-alik. Dalam aplikasi tersebut, matlamat utama ialah memperoleh semula maklumat yang dikodkan (atau dimodulasi) ke isyarat AC
Pancahayaan bandar raya yang dilihat dalam bentuk pendedahan kekaburan pergerakan. Kelipan AC menyebabkan garisan menjadi berbintik dan bukannya membentuk garisan lurus.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
COPY FROM HIDUP KERANA MU
-------------------------------------------------------------------------------------------------
TEKAN UNTUK LEBIH INFO
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim.
Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
TEKAN UNTUK LEBIH INFO
Tubuh Mongelku Di Kucup.. Di Isap.. Di Ramas Sepuas-puasnya
By Zulasri Ashaari - April 02, 2012
Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain Tauke Leong yaaaa..aku masih ingat nama itu..dialah yg memiliki kami..Suatu malam datang seoranglelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong..apa yg aku ingat..setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi..aku resah meninggalkan kawan yang lain.
Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh simpati? simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri..kerna mereka sedar? mereka juga bakal menerima nasib yang sama? Joe membawa aku berjalan ? jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang..sungguh indah pemandangan bandaraya ini alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan..tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa..
Tiba Joe berhenti..melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-oleh ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku..dilurut-lurutnya berkali-kali..aku rimas diperlakukan begini? namun apakan daya.. sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku? Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali..terasa sekujur tubuh ku membahang..menjalar hingga ke bahagian puting? uhhh? TIDAK!!!? raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku..tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe sampainya hatimu Joe..engkau manusia berhati binatang? syaitan bertopengkan manusia. Joe menghela nafas panjang..bibirnya dijauhkan dari tubuh mongelku..apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? apakah dia kini menyesal?..Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis..
Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara..entah berapa kali jam ditangan direnunginya..Sayup kedengaran beberapa suara..seakan menghampiri kami..Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu..Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu..renungan yg dipenuhi nafsu serakah..Joe memperkenalkan aku pada nya..Roy? begitu jugak dengan yg lain..Jack Poie dan sigemuk itu..Agi? Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy? Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi? dari tangan ke tangan aku berpindah? aku dikucup..diisap..diramas sepuas-puasnya? aduhh!!!? aku tak mampu lagi menahannya..seluruh tubuhku bagai kan hancur menjadi abu?.tubuh ku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya? setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang? Habis madu sepah dibuang? maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..
Kenapa manusia begitu kejam?..tidakkah mereka sedar..aku juga punya harga diri?syaitan itu tak mungkin akan mengerti..Kini..tinggallah sendirian.. menangis..merintih? mengenangkan nasib hidupku? ya..inilah nasib hidupku???
Yang Benar,
Sejenis Rokok berjenama Dunhill ( Bukan main cepat yee ) hahaha
Moral : jangan suka merendah - rendah kan orang lain dan Semak jawapan Sebelum hantar..hahaha
Walaupun DC bermasud "Arus Terus", DC kadang-kala merujuk kepada "kekutuban malar". Melalui definisi ini, voltan DC boleh berubah mengikut masa, seperti keluaran mentah daripada rektifier ataupun isyarat bunyi yang berubah-ubah melalui talian telefon
Sesetengah bentuk DC (seperti yang dihasilkan pada alat kawalan voltan) mempunyai voltan yang hampir malar, tetapi masih mempunyai perubahan pada keluaran kuasa dan arus.
APA SEBENARNYA APLIKASI ARUS TERUS DALAM SISTEM ELEKTRIK NI ?
DC biasanya didapati pada aplikasi voltan rendah, terutamanya yang berkuasa bateri, yang hanya boleh menghasilkan DC, ataupun sistem kuasa suria, memandangkan sel suria hanya menghasilkan DC. Kebanyakan aplikasi automotif menggunakan DC, walaupun pengulangalik ialah peranti AC yang menggunakan rektifier untuk menghasilkan DC. Kebanyakan litar elektronik memerlukan bekalan kuasa CD. Aplikasi menggunakan sel bahan api (mencampurkan hidrogen dengan oksigen bersama untuk menghasilkan elektrik dan air) juga hanya menghasilkan DC.
HAA , Faham dah apa itu arus terus ? Horayy .. tepuk tangan sendiri
Okay , untuk next Entry Mr. Dracula akan Ajar tentang arus terus pulak ok ? Terus kan bersama MR. Dracula untuk lebih Info tentang subject ni
salamsejahtera dan salam 1 malaysia...
tutorial kali ini adalah berkaitan dengan folder...
dimana ada perisian yang boleh mempelbagaikan warna folder windows anda kepada warna yang anda suka dan boleh menetapkan dengan tetapan tone2 warna yang disediakan serta boleh disimpan dan dinamakan warna tersebut...~
dengan perubahan ini kdg2 boleh membantu anda untuk membezakan folder tambahan pula document dlm laptop/pc anda terlalu serabut sehinggakan tak dapat nak cari sesuatu folder sedangkan ada didepan mata... dengan cara warnakan folder ini anda dpt membezakan dan permudahkan anda tertumpu pd folder tersebut...
tutorial kali ini menggunakan perisian Folder Colourizer..
anda tidak perlu risau kerana perisian ini menyokong/serasi dengan windows xp, vista seven mahupun windows 8 beta...
cara2:
1. Download dan install folder colourizer: http://softorino.com/
2. pergi ke folder yg nk dicolourkan tu...
3. rightclick pada folder... pada colourize!, pilih colour yg anda suka~
4. kemudian ada muncul free activation~,,,.. masukkan email anda dan klik free activation...
5. sekarang!,,, refresh document tersebut...dan lihat hasilnya~
sekarang folder dah bertukar warna.. anda boleh ubah folder lain dengan pelbagai warna..